Monday, September 22, 2008

kembalikan saat kegemilangan ISLAM di bulan ramadhan....baca kawan2...naikkn semangat nurani kita!!!

Seluruh umat Islam wajar melihat sejarah kegemilangan umat Islam yang dicapai pada bulan Ramadan dan menjadikan ia pembakar semangat untuk mengulangi kembali kejayaan itu dalam apa jua bidang atau tugas yang dilakukan.
Antara sejarah kejayaan umat Islam yang dicatat pada bulan Ramadan ialah kejayaan tentera Islam mengalahkan tentera kafir dalam Perang Badar.Peperangan itu berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, di satu tempat kawasan lembah dekat kota Madinah yang dikenali Badar.
Peperangan itu berlaku disebabkan hasutan kaum Yahudi yang tidak senang melihat kejayaan Rasulullah mentadbir masyarakat Madinah dengan aman serta semakin banyak yang memeluk agama Islam biarpun baru dua tahun berlaku Hijrah.Kaum Yahudi di Madinah mengambil kesempatan persiapan perang yang dilakukan oleh kafir Quraisy Makkah, lalu mengapi-apikan agar serangan itu disegerakan.
Kedudukan kaum Muslim ketika itu belum betul-betul kuat.Bilangan kaum Muslim belum banyak dan peralatan perang yang dimiliki amat kurang berbanding yang digunakan oleh musuh.Tambahan pula, Rasulullah seboleh-bolehnya ingin mengelak daripada berlaku peperangan kerana berpendapat keamanan, kesejahteraan dan keselamatan perlu lebih diutamakan dalam usaha melakukan dakwah.
Namun, merasakan itulah satu-satu cara untuk mempertahankan kedudukan kaum Muslim, dan turunnya wahyu agar berperang (sedangkan peperangan bukan perkara yang diingini), maka Rasulullah menyiapkan satu angkatan perang yang disertai oleh 300 orang tentera.Kekuatan itu jauh lebih kecil berbanding kekuatan tentera musuh seramai 1,000 orang.Ini bererti seorang tentera Muslim berdepan dengan tiga orang musuh.Namun atas kekuatan semangat dan jihad mempertahankan keselamatan seluruh kaum Muslim, dan pertolongan Allah, peperangan itu dimenangi oleh tentera Muslim.
Pada tahun Kelapan Hijrah pula tercatat kejayaan kaum Muslim membebaskan kota Makkah daripada kekuasaan kafir Quraisy.Tanggal 18 Ramadan tahun itu, Rasulullah bersama-sama 12,000 kaum Muslim bertolak dari Madinah ke kota Makkah untuk membebaskan Makkah.
Pembebasan kota Makkah atau lebih terkenal disebut Futuh Makkah menandakan satu era baru dalam sejarah perkembangan Islam.Kalau sebelum itu hanya kota Madinah yang menjadi pusat pengembangan Islam, penguasaan terhadap Makkah yang menjadi kiblat (iaitu Kaabah) untuk seluruh umat Islam, menambahkan kekuatan syiar Islam.
Sebelum Makkah dikuasai kaum Muslim, kafir Quraisy di Makkah sentiasa merancang memerangi kaum Muslim di Madinah, termasuk mengepung penduduk Madinah selama berminggu-minggu dalam Perang Ahzab.
Mengikut catatan sejarah, selain sikap berterusan kafir Quraisy memusuhi Islam, tindakan Rasulullah ingin menguasai Makkah disebabkan kafir Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiah yang antara lain kandungannya melarang berlaku serangan ke atas mana-mana pihak atau ke atas pihak -pihak yang mengadakan perjanjian dengan mereka.
Kafir Quraisy melanggar perjanjian itu apabila Bani Bakr dalam naungan Quraisy bertindak menyerang Bani Khuzzah yang berada dalam naungan Islam.Serangan Bani Bakr dibantu pihak Quraisy sehingga menyebabkan banyak orang dari Bani Khuzzah terbunuh.
Tindakan kafir Quraisy menimbulkan kemarahan kaum Muslim dan sekaligus mengambil tindakan memerangi kafir Quraisy di kota Makkah.Kafir Quraisy yang sedar kesalahan dilakukan mereka mencabuli perjanjian itu telah menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Rasulullah untuk memohon maaf, namun ia ditolak.
Apabila Rasulullah bersama-sama bala tentera berada berhampiran kota Makkah, kafir Quraisy yang sedar mereka tidak mampu menandingi kekuatan tentera Muslim tidak melakukan sebarang penentangan, bahkan menyerahkan nasib mereka kepada Rasulullah.Tentera Muslim berjaya memasuki kota Makkah dengan aman biarpun terdapat sedikit pertempuran.
Sempena pembukaan kota Makkah, Allah berfirman yang bermaksud: "Kami sudah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang dangan sebabnya Allah Allah mengampunkan salah silapmu yang lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan lurus (dalam mengambangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukum).Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada tolok bandingannya)." (Sudah al-Fath, ayat 1 hingga 3)
Pada Ramadan juga berlakunya peristiwa kejayaan tentera Islam menguasai Andalusia (Sepanyol).Peristiwa yang juga dikenali Futuh Andalusia itu berlaku pada tahun ke 91 Hijrah.Kaum Muslim di bawah pimpinan Thariq bin Ziad telah berhasil meluaskan penguasaan umat Islam yang sebelum itu telah menguasai kawasan utara Afrika.
Penguasa Islam ketika itu, Musa bin Nushair memerinthkan Thariq bersama-sama 7,000 orang tentera Muslim menyerang Andulusia setelah permintaan untuk mengembangkan agama Islam di situ ditolak.Bermula dengan menaiki kapal menyeberang Teluk Gibraltar, setelah mendarat di Andalusia, Thariq telah memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan penuh bersemangat bagi menaikkan semangat tentera Islam.
Ucap Thariq: "Musuh di hadapan kamu.Apabila kamu berundur, lautan di belakang kamu.Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatan berjuang di jalan Allah atau mati ditelah lautan."
Ucapan Thariq itu berjaya membakar semangat tentera Muslim untuk berjuang bermati-matian sambil mengharapkan pertolongan Allah.Para tentera menyahut seruan Thariq itu dengan berkata: "Kita datang ke sini, tidak untuk kembali lagi.Kita berada di sini hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada kita menakluki negeri ini, menetap di sini dan menyebarkan Islam atau kita semua akan binasa."
Semangat jitu itu membolehkan tentera Islam menawan satu demi satu kota atau kedudukan tentera Andalusia sehingga akhirnya keseluruhan kerajaan Andalusia yang mempunyai lebih 100,000 orang tentera berjaya dikuasai tentera Islam yang hanya berjumlah 12,000 orang (tambahan 5,000 orang daripada jumlah kumpulan pertama seramai 7,000 orang) pada bulan Ramadan tahun 91 Hijrah.
Sejak itu, Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu dan mercu peradaban manusia di benua Eropah.Selain itu, pada bulan Ramadan juga tentera Islam berjaya menguasai daerah Ghaal di Perancis atau kini dikenali Pays des Gualles.
Seterusnya, Ramadan tahun 584 Hijrah turut mencatatkan kejayaan cemerlang umat Islam apabila Solahuddin al-Ayubi bersama angkatan tenteranya berjaya mengalahkan tentera Salib.Dengan kemenangan itu, kota Baitulmaqdis dan bumi Palestin kembali kepada pangkuan umat Islam.
Berdasarkan sejarah besar yang berlaku pada bulan Ramadan itu, wajar sekali umat Islam menjadikan bulan penuh keberkatan ini sebagai pemangkin untuk mencipta kejayaan dalam hidup sendiri, untuk keluarga, agama, bangsa dan negara.
Semangat jitu yang terbina hasil didikan melaksanakan puasa perlu disalurkan untuk melaksanakan tanggungjawab dan usaha secara bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.Amalan puasa yang biasanya dikaitkan dengan rasa lapar dan letih perlu diubah kepada terbentuknya semangat yang lebih hebat berbanding hari-hari biasa. Jiwa yang berjaya mengatasi hasutan syaitan akan memiliki kekuatan untuk menangkis segala ancaman negatif lain yang sentiasa mencari ruang untuk memusnahkan diri.

Lailatul Qadar dan I'tikaf

10 Hari kedepan adalah 10 hari penantian, 10 hari pengampunan, 10 hari terakhir (kalo thn depan , kita tak akn berjumpa lagi dengan ramadhan … iqram :) …


Blogger .. semua, reader …, browser… saudara-saudariku , sebelum kita menyesal di kemudian hari, mari kita bersama-sama mengisi 10 hari yang terakhir ini dengan yang terbaik yang kita punya (lg elok dari awal Ramadhan..), tapi bagaimana lagi, hari ini kita masih diberi kesempatan oleh Allah hidup, ertinya, kita masih ada kesempatan untuk mengisi hari kita, malam kita dengan yang terbaik yang kita punya untuk mencapai keredhaan Allah, keampunan Allah, syurga Allah, serta keberkatan Malam Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan (kurang lebih 83 tahun beberapa bulan) … Oleh karena itu,mari kita ramai mengisi yang 10 hari ini dengan baik …

ibu,sy sayang ibu....

RENUNGKANLAH………

Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, ibu membelikan kita baju baru untuk hari raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, ibu hantar kita ke sekolah, kita membalas budinya dengan menjerit,"Tak nak gi sekolah "

Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghantar kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton tv. Kita membalas budinya dengan asyik menonton sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budinya dengan berkata bahawa ibu tak ada 'taste'.

Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita mengunci diri dan bersendirian dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis gembira. Kita membalas budinya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg sampai ke hostel. Kita membalas budi ibu dengan bersalaman hanya di luar dorm kerana malu dilihat kawan-kawan.

Apabila berumur 20 tahun, ibu tanya kita dengan rasa prihatin, adakah kita ada 'boyfriend' atau 'girlfriend'. Kita membalas budinya dengan berkata, "ibu ni kepohlah".

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju tidak cantik kerana ibu yang belikan.

Apabila kita 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pd kita. Kita membalas budinya dengan berpindah 300km jauh dari ibu.

Apabila kita berumur 40 tahun, ibu telefon dan memaklumkan tentang majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata "saya sibuk".

Apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera. Kemudian pada suatu hari, ibu meninggal dunia dan kita tidak sempat membalas segala jasa ibu. Ingat! Selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu dan jika ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Wednesday, September 10, 2008

semuanye bermula di sini..

pg ahad tu kami brtolak msuk ke pulau poh...lpas loading brg sume, kami sume kne wat khemah pusat, khemah dapur, khemah peralatan dan mcm2 lg...pda hari 2 la kami start dgn pelbagai aktiviti...tp sblm mulekan aktiviti 2, mcm2 la kne denda brguling kat lumpur la, pumping la, 2 la ni la...tp dgn denda2 sume 2 dpt mgajar kami dgn ketepatan mase..lpas pd seslesai sume 2, bru la aktiviti2 kami bermula..

sblm bertolak ke kenyir

pg sbtu dlm kol 9 kot, kami bertolak ke kenyir...mule kol 8, tp janji melayu la katekan, ade je problem kol 9 lbih la bertolak...tp sblm naik bas tu ktorg dah kne denda plak dgn fasi coz x lncar lagu program...kne la aktiviti2 yg kurang bez...then ktorg pun naik bas bertolak ke kenyir...sampai kat hentian mane ntah, ktorg berhenti mkn...fasi bg mase mkn 10 mnit je nak ikut2 kan x smpat nak mkn dgn mase mcm 2, tp nak wat mcm mne ikt je la arahan, walaupun x ske kne arah2 kan..pas mkn sume, bas pun jalan...smpai kat kyir je hujan bukan maen lebat lg...lebat2 pun kne gak la trunkan brg sume kat jeti gawi..ktorg tak dpt pg pulau,sbab dgn hujan lbat, lg pun hr pun dah nak mlm...kami sume diarahkan dok kat jeti tu je dlu, kne la wat kemah pusat, lpas selesai buat sume 2, ktorg mkn mknan yg mak wanie buat...then mlm 2 ade la 3 4 org wat hal, sume org kne denda kcuali 4 org 2...sbenrnye dorg x wat hal kot, kne psyko skit je, yg 2 x tau cite la..ktorg kne rendam kat tsik kol 3 pg, bdk pmpuan pun kne skali, huhuhu sian dorg ade yg sakit la...then pas kne rendam, kne brenag plak 2 smpai kat tmpat bdk dgree pye port...naik2 je kne tgur dgn lecture ktorg en hisyam che mat name pnuh die...lps sume 2, ktorg kne blik kat port diploma, time 2 ade la skit krisis, tp mls nak citer,hal kecik je...1 hr x dpt tdo taw..2 la cter ble bru smpai kat kenyir 2...

1st day, final camp dikuarantin..

hari 1st dah kne kuarantin kat stor,start dikuarantin kol 5 ptg hr jumaat...kluarkan brg sume dr stor untuk nak bwk g camping...time nak kuarkan brg 2 tlg jgklah x lah tgk je,bak kate man pengarah final camp aku mcm pasu bunga =)....aku x tau ape2 pun psl outdoor sblm ni...coz x pg intro camp kat cerakah...aku follow je la ape yg aku kne tgaskan...dah selesai sume 2, kne tdo kat stor plak sblm nak brtolak ke kenyir awl pg sabtu...

1st blog in my life

hari ni aku kene wat blog dalam bilik ketua program, en hisyam..pasni boleh tulis pengalaman aku kali pertama pegi outdoor kat kenyir...tapi x pegi lg...